Bismillahirahmanirrahim.....
sedang dalam mood exam dan sedang tawakuf....
bila jiwa kosong,ku lari ke beit wafa' kesayanganku yang penuh dengan pengisian rohani(hati)
alhamdulillah thummalhamdulillah ALLAH memberi nikmat yang banyak kepadaku yang hanya hamba ALLAH yang kerdil ini.....subhanallah kebesaran ALLAH,kekuasaan ALLAH yang tidak dapat dinafikan....
sebenarnya,inginku kongsi sedikit peringatan untuk sahabat-sahabatku dan diri ini
Bagaimanakan anda membuka dan menutup dairi harian anda?
Adakah anda....
1.Menbersihkan diri dengan berwuduk?
2.Menghayati kalam Ilahi mahupun bermunajat kepadaNya?
3.Bermuhasabah diri dengan perilakuharian sebelumnya?
4.Berazam untuk bangkit di awal pagi bagi memenuhi janji temu denganNya?
5.Subuh berjamaah sebagaimana tokoh dan pejuang Islam yang HEBAT?
6.Menutup dan membuka dairi harian dalam mengharap redhaNya?
Saidina Uthman B. Affan r.a telah meriwayatkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Barangsiapa yang solat isya' secara berjamaah seumpama bangun mengerjakan qiam separuh daripada malam dan barangsiapa mengerjakan solat subuh secara berjamaah seumpama dia solat pada keseluruhan malam".
Hadis Riwayat Muslim
wallahualam~
No comments:
Post a Comment