Bila dikatakan tentang cinta,semestinya berkait rapat dgn cinta manusia.
Cinta manusia yang masih menjadi matlamat untuk disanjungi dan dipuja mengatasi dengan cinta ALLAH.
Cinta ALLAH hanya dijadikan trend sebagai sebutan di hujung kata.
Imam Al-Ghazali menekankan bahawa ALLAH berhak menerima cinta kerana ALLAH mempunyai segala sebab dan bukti untuk dicintai.Cinta yang kecil adalah cinta makhluk tetapi cinta itu menjadi besar dan lebih bernilai hanya apabila didasarkan kepada cinta ALLAH.
Cinta yang selamanya indah kerana dicipta oleh ALLAH.
ALLAH yang indah dan suka kepada keindahan.
Namun hakikatnya ada cinta yang lebih hakiki.Cinta ini adalah fitrah hati manusia.Dialah mencintai kita lebih drpd sesiapa sahaja.Disebabkan kejahilan dan kedegilan yang berterusan,menyukarkan kita untuk kembali mencintai ALLAH.
MENCARI CINTA ILAHI
Cinta ALLAH terhadap kita tidak pernah pudar dan tidak pernah mengecewakan.Jadi,cinta ALLAH lah yang layak kita kejar.Bagaimana cara kita kembali kpd cinta ALLAH?
1.Mengamalkan segala perintah ALLAH dgn bersungguh-sungguh.
2.Jauhi larangan-Nya dan jangan sekali-kali mendekati larangan tersebut.
3.Awlakan(dahulukan)ALLAH dalam kehidupan drpd segala-galanya.
4.Redha dgn qada' dan qadar yang ALLAH tentukan-ALLAH the best PLANNER
5.Sentiasa berdoa agar setiap perbuatan yang kita buat mengingatkan kita kpd ALLAH.
6.Tajdid(memperbaharui)cinta terhadap ALLAH.
7.Ikhlas mencintai ALLAH semata-mata keredhaan ALLAH.
8.Cintailah segala yang disukai ALLAH dan bencilah segala yg dibenci ALLAH.
Suka saya peringatkan lagi bahawa cinta ALLAH itu indah.
Kecintaan ALLAH itu mahal,agung dan suci.
Cinta ALLAH memerlukan mujahadah.
Perjuangan itu pahit tapi syurga itu manis.
~Wallahualam~