Wednesday, 21 December 2011

Sharing~

Aku
 sedang futur..
sedang berputus asa..
sedang mengeluh..
Sedangkan di luar sana,
ramai manusia yg terkapai2 memerlukn bimbingan
memerlukan pengisian
memerlukan kesedaran
untuk kembali pada fitrah ALLAH
Walhal aku,
sedang bersedih
sedang kebingungan
KENAPA??
Kenapa perlu memikirkan perkara-perkara yang remeh
Sedangkan aku faham
Sedangkan aku dipilih oleh ALLAH
untuk berda'wah dan bertarbiyyah
Tetapi kenapa LUPA??
Lupa untuk bersyukur..
Lupa untuk mensyukuri nikmat ALLAH
Sekali lagi ramai di luar sana
sedang menunggu bimbinganku
sedang mencari-cari identiti diri
Oleh itu,aku TIADA MASA
tiada masa untuk futur..
tiada masa untuk mengeluh
Aku adalah seorang DAIE
aku mesti QOWIY
aku mesti MUJAHADAH
aku mesti ISTIQOMAH
aku mesti WAD'U GHAIRAK(menyampaikan kepada org lain)
tapi sebelum itu kenalah ISLAH NAFSAK(mengubah diri kpd lebih baik)
wallahualam~

 Perkongsian daripada kata-kata Imam Al-Syahid Hasan Al-Banna yang dapat meningkatkan hamasah(semangat) kita semua
  Andai perjuangan itu mudah pasti ramai yang menyertainya,
Andai perjuangan ini singkat,pasti ramai yang istiqomah,
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,pasti ramai yang tertarik dengannya,
tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
turun naiknya,
sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga
ANDAI REBAH,BANGKIT SEMULA
ANDAI TERLUKA,INGATLAH JANJINYA

~exam mode~

Friday, 18 November 2011

Cinta itu indah~

Bila dikatakan tentang cinta,semestinya berkait rapat dgn cinta manusia.
Cinta manusia yang masih menjadi matlamat untuk disanjungi dan dipuja mengatasi dengan cinta ALLAH.
Cinta ALLAH hanya dijadikan trend sebagai sebutan di hujung kata.
Imam Al-Ghazali menekankan bahawa ALLAH berhak menerima cinta kerana ALLAH mempunyai segala sebab dan bukti untuk dicintai.Cinta yang kecil adalah cinta makhluk tetapi cinta itu menjadi besar dan lebih bernilai hanya apabila didasarkan kepada cinta ALLAH.
Cinta yang selamanya indah kerana dicipta oleh ALLAH.
ALLAH yang indah dan suka kepada keindahan.
Namun hakikatnya ada cinta yang lebih hakiki.Cinta ini adalah fitrah hati manusia.Dialah mencintai kita lebih drpd sesiapa sahaja.Disebabkan kejahilan dan kedegilan yang berterusan,menyukarkan kita untuk kembali mencintai ALLAH.
MENCARI CINTA ILAHI
Cinta ALLAH terhadap kita tidak pernah pudar dan tidak pernah mengecewakan.Jadi,cinta ALLAH lah yang layak kita kejar.Bagaimana cara kita kembali kpd cinta ALLAH?
1.Mengamalkan segala perintah ALLAH dgn bersungguh-sungguh.
2.Jauhi larangan-Nya dan jangan sekali-kali mendekati larangan tersebut.
3.Awlakan(dahulukan)ALLAH dalam kehidupan drpd segala-galanya.
4.Redha dgn qada' dan qadar yang ALLAH tentukan-ALLAH the best PLANNER
5.Sentiasa berdoa agar setiap perbuatan yang kita buat mengingatkan kita kpd ALLAH.
6.Tajdid(memperbaharui)cinta terhadap ALLAH.
7.Ikhlas mencintai ALLAH semata-mata keredhaan ALLAH.
8.Cintailah segala yang disukai ALLAH dan bencilah segala yg dibenci ALLAH.
Suka saya peringatkan lagi bahawa cinta ALLAH itu indah.
Kecintaan ALLAH itu mahal,agung dan suci.
Cinta ALLAH memerlukan mujahadah.
Perjuangan itu pahit tapi syurga itu manis.
~Wallahualam~

Saturday, 12 November 2011

UJIAN ALLAH

Kita tidak pernah menduga ujian yang menimpa kita akan datang.Orang kata ujian yang menimpa kita membuat kita lebih kuat.Jika ujian berat menimpa kita,selalunya kita berkata "Ya Allah,kenapa Engkau beri ujian seberat ini".
Pernahkah kita terfikir :-
kenapa Allah memberi kita ujian tersebut?
mengapa kita diuji Allah?
Firman Allah SWT,
 Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).
Adakah kita layak untuk bergelar seorang yang beriman sedangkan kita belum diuji?Kita sering diingatkan bahawa segala yang berlaku,ada hikmahnya.Allah telah menguji hamba-hambanya dengan pelbagai ujian.Ujian Allah penuh dengan tarbiyah buat insan yang menghargainya.Dengan ini,ujian Allah dapat menigkatkan lagi iman seseorang hamba-Nya.
Saya juga tidak lepas daripada  ujian Allah,terasa berat,sedih dan pernah terlintas beberapa soalan kepada Allah.Adakah ini ujian yang aku mampu hadapi Ya Allah?Apa salah aku?Tapi bila saya muhasabah diri,alhamdulillah saya tahu sebab-sebab kekurangan mutabaah amal dan dapat resolusi.Saya selalu dengar perkataan sabar itu sesuai semasa kita sedang diuji Allah tapi untuk mengaplikasikan memang susah.Tapi memang benar,ujian itu tarbiyyah dari Allah kerana Allah yang mengajar saya erti kesabaran .Subhanallah aturan Allah.
SETIAP KESUSAHAN ITU AKAN DIAKHIRI DENGAN KEBAIKAN DAN KEMULIAAN
ALLAH SEBENARNYA INGIN MEMELIHARAMU DARI SEJUTA KEBURUKAN
Hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.
Firman Allah SWT,
"Tidak ada suatu musibah yang menimpa(seseorang),kecuali dengan izin Allah dan Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."(Surah At-Taghaabun :ayat 11)
 "orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."(Surah Ar-Rad:ayat 28)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)
p/s:La tahzan innallaha ma'ana......




Tuesday, 1 November 2011

So sweet~

Berukhuwwah memang best.....manis seperti madu :-)
Subhanallah..saya bersyukur sgt pd ALLAH kerana telah memberi saya peluang untuk merasakan kemanisan ini....
Saya nak kongsi satu kata-kata,
"Asas-asas dakwah itu sendiri ada 2 perkara iaitu kasih sayang dan bertaaruf"(Hassan Al-Banna)

nak share potongan ayat dari Al-Quran,
"...tetapi Allah menjadikan kalian cinta kepada keimanan dan menjadikannya(cinta itu) indah di dlm hati kalian..." {al-Hujurat:7} 


~ukhuwwah fillah abadan abada~



Thursday, 27 October 2011

Kerana sayang~

Sayangnye sahabatku...ingin je bagi tahu ape yg terbuku di hati ni,
Ya Allah berilah aku kekuatan...
aku leka Ya Allah,
sahabatku,
aku hanya ingin kita di atas jalan yg sama,
saling menguatkan
tapi aku xkuat untuk berkata,aku xtegar untuk menyuarakn...
sayang seribu kali sayang,aku leka 
tapi sahabatku,aku ingin engkau tahu bahawa aku sayang sgt kamu
walauapa pun terjadi,aku selalu doakn untukmu wahai sahabatku
moga ukhuwwah antara kita kerana Lillahi Taala
UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA <3
p/s:sori emo sikit petang2 nie..

Wednesday, 26 October 2011

Sobahannur~

Sye berazam insyaALLAH ingin mengamal puasa sunat isnin dan khamis,peluang ini digandakan lagi dengan berqiam,alhamdulillah nikmat ALLAH :-)
Hari ni hari khamis,jadi sye dah berniat sejak semalam untuk bgn sahur dan masakkan sekali mee tom yam untuk ahli bait sye,alhamdulillah dgn niat yg baik nie ALLAH permudahkan sye bgn pukul 3.00am even malam tadi tidur pkul 11pm(lepas subuh mula la ngantuk huhuhu kelass~xpe Mujahadah!!!)alhamdulillah,semua perkara yg sye nk buat telah terlaksana hehehehe...qiam(lulus)mee tom yam(lulus),update blog(lulus)~
Kelas habis pukul 1pm,kan best kalau kami serumah satu kelas,lepas kelas bole la plan pergi jalan2 ke,jaulah ke(manyak duit hang,heh)sye sedang merangka aktiviti sye lepas kelas nie(cewah!!)azam baru jugak,setiap hari kena ade jadual supaya sistematik sikit hidup,dalam 10 muwasofat tarbiyyah pon ade berkaitan dgn masa,masa sye ibarat platinum,kembali kepada jadual sye hurmm...okay,sye ade bnyk perkara yg tak selesai lagi..hafal hadith 1 dan surah annaba'(bru nk pegi kedai buku,nk cuci mata hehehe)...xpe2 awla(dahulukan) yg penting dulu,kalau dah selesai bole cuci mata,tgk buku2 kt kedai buku,that one of my hobbies hehehe
Jam dah menunjukkn 5.45am,perlu stop di sini sb nk study dulu,bubuy~wasalam(^_^)
Ibrah(pengajaran)pada hari ini :kita perlu mengamalkan sunnah rasulullah SAW,agar hidup kita teratur, dan biar setiap langkah kita diatur oleh ALLAH SWT,perjalanan kita insyaALLAH akan menjadi lancar,subhanallah bestnye aturan ALLAH...
~everything for LILLAHI TAALA~

Intro~

Bismillahirahmanirahim..
Diri yg serba kekurangan ini hanya ingin share something yg sye dpt sepanjang perjalanan sye di perantauan sebagai seorg hamba ALLAH yg kecil,pelajar,daie,mutarabbi dan insyaALLAH seorang murabbi jua(^_^)
Sebelum nie,sye ade je blog tp xaktif n xserius....insyaALLAH sye akan istiqamah dalam menulis blog nie dan sharing kpd korang semua...enjoy it(^_^)